CONTOH TEKS SYARAHAN AKHLAK MULIA ISLAM SEMPURNA
assalamualaikum w.b.t..
Sekalung aplisiasi buat peneraju
acara, yang dihormati barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,sekuntum
senyuman dilontarkan kepada penjaga masa yang setia bersama loceng keramatnya,
guru – guru pencetus revolusi Negara,dif – dif kehormat,tetamu jemputan,
hadirin hadirat, para cendekiawan sekalian.
Andai patah sayap rajawali,
Bertongkat jua patik kemari,
Bukan kerana ingin mencari autoriti,
Tetapi untuk membawa kita semua,
memahami,menorokai serta menghayati tajuk syarahan saya pada hari ini iaitu
“akhlak mulia islam sempurna”.
Saudara dan saudari,
Sebelum lidah menutur baik kata,
sebelum bibir rancak berbicara , izinkan saya terlebih dahulu untuk
menefinisikan tajuk syarahan saya pada hari ini iaitu “akhlak mulia islam
sempurna”..
Menurut falsafah islam secara umumnya
,akhlak mulia ialah perilaku yang dilakukan berlandaskan syariat manakala dari
segi istilah ulamak pula ialah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa dengan
keimanan yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan yang diredhai berlandaskan
islam.
Saudara saudari yang saya hormati
Hari ini saya akan konsikan lima
kunci utama bagi menguatkan hujah syarahan saya pada hari ini.
Pertama “Akhlak mencorak tingkah
laku”
Akhlak memainkan peranan yang penting
dalam mencorakkan tingkah laku dan kehidupan seseorang.Setiap tingkah laku yang
lahir daripada manusia sebenarnya adalah cerminan daripada apa yang tersemat
dalam dirinya. Sebagaimana menurut iman Al-Ghazali: “Setiap yang ada didalam
hati akan menzahirkan kesannya pada anggota badan sehinggalah setiap
pergerakannya adalah berlandaskan kepadanya”.Maka dengan ini, apabila akhlak
menjadi sebati di dalam diri kita, ia
akan melahirkan tindakan spontan,bergantung kepada nilai akhlak yang ada
padanya.
Saudara dan saudari,
Hujah kedua yang berada di bawah kata
kunci “Neraca akhlak mempengaruhi pertimbangan”
Neraca akhlak yang sebati di dalam
diri manusia akan mempengaruhi pertimbangannya dalam menilai sesuatu perbuatan.
Oleh itu,kesahihan dalam pertimbangan ini bergantung kepada sejauh mana kesahihan
neraca yang dipegangnya. Jika baik akhlaknya, maka baiklah pertimbangannya,
jika sebaliknya, maka sebaliknyalah pertimbangannya. Jangan disebabkan akhlak
yang tidak sempurnya memberi pertimbangan yang tidak berguna dan akhirnya tubuh
badan yang merana.
Ketiga “Akhlak mencerminkan keimanan”
Akhlak adalah cermin keimanan
seseorang. Dengan erti kata lain,iman yang sempurna akan memprodukkan akhlak
yang mulia atau dengan perumpamaan mudah,ibarat pohon yang bergantung kepada
keelokan akarnya.Sabda rasulullah S.A.W. Yang mana bermaksudnya:di kalangan
mu’minin yang paling sempurna imannya ialah umat yang terbaik akhlaknya.
Sahabat-sahabat yang saya hormati,
Keempat “akhlak sebagai simbol
tamadun manusia”
Tamadun sesuatu umat adalah terletak
kepada sejauh mana penghayatan dan kemurnian sumber peradaban.Akhlak adalah
sebagai mercu tanda,berjaya atau tidaknya sesuatu umat dalam melakukan proses
kemajuan pembanguan.Tanpa akhlak nescaya manusia akan berada di lembah kehinaan
biarpun kejayaan material yang dicapai sangat menakjubkan. Faktor
membelakangkan akhlak juga adalah yang menyebabkan sesuatu umat tersebut tidak
mencapai ketemadunan yang sebenarnya.Contohnya kepercayaan hindu yang membelakangkan
etika akhlak mengakibatkan umatnya tiada bertamadun seperti berlakunya
perhambaan diri kepada hawa nafsu.Begitu juga tamdun barat yang berasaskan oleh
ideologi kapitalis dan lain lain,jatuh satu persatu kerana mengasingkan nilai
nilai akhlak.
Yang terakhir “Akhlak adalah mankin
perubahan”
Aspek keluhuran dan kerohanian perlulah
diambil berat diberi pengfokusan yang utama dalam melakukan setiap agenda
perubahan kepada masyarakat.Ini kerana akhlak sebagai mankin perubahan,
sebagaimana yang telah diulas oleh Iman As Syahid Hassan Al-Banna akhlak ialah
“tongkat perubahan”. Saudara,
rasulullah telah menjadi role model
buat kita sebagaimana firman allah yang bermaksud :
" Sesungguhnya telah ada pada rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu" (Surah Al-ahzab : 21)
Maka sudah terbukti dengan iman yang
sempurna akan mencorakkan akhlak yang terpuji.
Saudara saudari generasi kelas
pertama,
Akhir kalam sabda rasulullah
Setiap kamu adalah pemimpin dan
setiap pemimpin akan disoal di atas setiap kepimpinannya iaitu setiap apa yang
kamu lakukan.Maka adakah kita bersedia jika ditanya oleh allah?tepuk dada tanya
iman
Apa yang penting, ayuh kita semaikan
akhlak mulia dalam diri kita,keluarga kita, dan masyarakat kita.Agar hidup
diberkati dunia dan akhirat.Sebelum saya mengakhiri syarahan saya pada hari ini
,saya akan ungkapkan serangkap pantun,
Hari ini
bertanam jagung,
Hari esok
bertanam serai,
Entah
bila bertanam padi,
Hari ini
kita bergabung,
Hari esok
kita bercerai,
Entah
bila berjumpa lagi.
Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum w.b.t.
Create by : Fadhlan Alfateh
Create by : Fadhlan Alfateh
cane nk baca pantun 6 kerat dm kat ig @sol_ke17
BalasPadamAda tak video sebab nak tengok intonasi dia
BalasPadamyoutube ada geng
Padamkjhgfdsasdfghgfdfghgfdfghgfdfghgfdff
PadamMohon izin untuk di gunakan text ini tuan?
BalasPadam